Jumaat, 22 November 2013

Supplemen bukan ubat..jgn slh faham ye..

Assalamualaikum...

Niza nak share la skit pasal supplemen dan ubat..beza nya..
Ubat

- tidak menjadi sebahagian drpd tisu-tisu badan dan tidak menyumbang bahan berkhasiat utk badan.

- ejen kimia yg kuat dan mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim dlm badan

- boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Contoh aspirin boleh menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut dan loya.

- ubat bertindak cepat dan menakjubkan, seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

- Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan.

Supplemen ( Vitamin )

- Bahan berkhasiat/ supplemen kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

- Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

- Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

 - Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

 - Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

 - Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

 - Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

 - Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

 - Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan?

Cegahla sebelum parah..pengambilan supplemen dengan konsisten akan memberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan