Rabu, 4 Disember 2013

Cergaskan Otak Kita dengan Omega dan Makanan lain

Salam,

Bz kan aktiviti kita seharian..terlampau byk kerja smpai ada yg terlupa..kadang2 benda simple dan pesanan seseorang pun kita x ingat..bukan sengaja tau..tapi tahap kecekapan otak kita tu mungkin menurun dgn aktiviti, pemakanan, umur dan kesihatan kita..

niza nak kongsi skit makanan yg boleh mencerdaskan otak kita..mai baca skit..

MAKANAN YANG MENCERDASKAN OTAK :

1. Ikan.
    - Ikan sangat baik untuk menutrisi otak kita. Didalam tubuh ikan terdapat omega 3.
      Omega 3 ini banyak terdapat di ikan salmon, tuna dan sardin.

2. Pisang.
    -  dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungsi untuk transmisi saraf di
        tubuh serta otak anda.  

3. Bayam.
    - dalam bayam mengandung vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang  
      diperlukan untuk mencerdaskan otak anda.

4. Telur.
    - dalam telur mengandungi asid amino yang diperlukan untuk menutrisi otak kita.

5. Avokado
    - kaya dengan vitamin E. Vitamin E ini berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi
      otak dari penuaan.

6. Brokoli.
    - mengandung vitamin C, antioksidan serta betakaroten yang berfungsi untuk menjaga kesihatan
      otak anda.

7. Coklat
    - mengandungi Flavonoid yang memicu pembentukan sel saraf baru pada otak yang dapat
      menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.

LANGKAH SIHAT UNTUK FUNGSI OTAK YANG OPTIMUM :

1. Tetap Aktif
    - lakukan apa jua aktiviti, latihan agar darah mengalir dengan baik cth : jogging, berenang

2. Lengkapi dengan Omega
    - Diet seharian yang kaya dengan antioksidan dan Omega.
     " Apa yg baik utk jantung anda, juga baik untuk otak anda.."

3. Fikir dan Catat
    - utk ingat sesuatu benda, hafal dan catat..klau hafal dan x tulis..pyh nak ingat..klau dh pernah tulis
      anda akan dapat bayangkan kembali catatan tersebut

4. Bermain dan bersantai
    - bermain teka-teki dapat melatih otak untuk tingkatkan konsentrasi dan santai perlu untuk
      rehatkan otak dan kurangkan stress.

5. Tidur yang cukup
    - Tidur dapat membantu mengaktifkan kembali seluruh sel-sel otak, sehingga otak dapat menyerap
      dan mempelajari sesuatu lebih dalam dan lebih banyak. Peningkatan kemampuan ini secara
      langsung akan mempengaruhi tingkat kecerdasan seseorang.

Sekian...
Sharing info bersama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan